Banteras Ponteng Sekolah: Fokus 2010

Dalam satu mesyuarat biro khas GPMSNT baru-baru ini, biro kajian khas belia bermasalah peringkat negeri Terengganu telah mengambil satu ketetapan, iaitu untuk memberi fokus kepada gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar Melayu.

Benar jika dibandingkan dengan gejala penyalahgunaan dadah mahupun rempit, ponteng sekolah dilihat sebagai satu isu yang kecil, dan tidak membebankan negara. Tetapi setelah dianalisa secara terperinci, ternyata ponteng sekolah inilah yang menjadi punca kepada wujudnya masalah-masalah sosial yang lebih teruk, seperti rempit dan penyalahgunaan dadah itu. Ponteng sekolah boleh dikatakan sebagai akar kepada isu keruntuhan moral remaja-remaja Melayu ketika ini. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Maka berpaksikan pepatah ini, kami di GPMSNT akan sedaya upaya menganalisa punca-punca ponteng sekolah ini berlaku, dan akan mencadangkan cara penyelesaiannya kepada pihak kerajaan dalam masa setahun ke dua tahun.

Kebanyakan pelajar ponteng sekolah kerana beberapa perkara; masalah keluarga, pengaruh rakan dan keadaan persekitaran. Pelajar yang ponteng sekolah akan cenderung untuk melanggar peraturan. Mereka tidak berasa bersalah dengan kesalahan mereka itu. Maka sedikit demi sedikit, peraturan dilanggar. Dan ini membawa kepada masalah sosial yang lebih besar. Sebagai contoh, pada awalnya pelajar-pelajar ponteng sekolah hanya untuk membeli dan menghisap rokok. Tetapi jika dibiarkan, lama-kelamaan mereka akan mula terlibat dalam penyalahgunaan dadah pula. Dan semakin lama akan menjadi semakin parah.

Kami percaya setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, kerana Allah tidak akan menurunkan sesuatu masalah itu tanpa diturunkan bersamanya penyelesaiannya. Maka atas perkenan tuan pengerusi GPMSNT, Saudara Ahmad Izani Ab Ghani, kami di biro kajian khas belia bermasalah akan membuat beberapa aktiviti bersesuaian di beberapa sekolah yang akan dikenalpasti, dengan kerjasama erat pihak Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) dan pihak sekolah itu sendiri.

Sebarang komen atau cadangan boleh disalurkan kepada kami di gpmsnt@gmail.com.

Belajar Terus Belajar

Advertisements

2 Responses to “Banteras Ponteng Sekolah: Fokus 2010”

  1. Biasanya golongan pelajar yang ponteng dan bermasalah melibatkan pelajar tingkatan 2, tingkatan 3 dan tingkatan 4. Kebanyakan mereka berbuat demikian kerana sikap protes terhadap masyarakat. Ada antara mereka sering dipersalah apabila teruk dalam pelajaran. Ini menyebabkan mereka rasa meluat, dan peasaan menentang mereka teradap masyarakat semakin kuat.

    Tentang pendidikan. Saya percaya sistem pendidikan malaysia tidak meyeluruh.
    Contohnya ujian PMR. Ada 9 subjek kesemuanya.
    1. BM
    2. BI
    3. Sains
    4. Sejarah
    5. Geografi
    8. agama
    7. Matematik
    8. Arabia.
    9. Kemahiran Hidup.

    Dari kesemua subjek diatas, satu satunya subjek yang saya berguna dan membantu kehidupan adalah kemahiran hidup.

    Saya harap akan datang pihak jabatan pelajaran negeri lebih memberi tumpuan pada subjek kemahiran hidup.

  2. YDP Kemaman Says:

    Pelajar ponteng sekolah sebanarnya amat berisiko tinggi untuk terjebak dengan pelbagai perkara negatif dan jenayah ‘double standard’ termasuklah seks bebas dan rogol, peras ugut dan buli, merokok dan mencuri, penyalahgunaan dadah dan merompak…oleh yang demikian, amat wajar untuk kita berpadu tenaga menangani masalah ponteng sekolah ini…
    GPMS Kemaman menggariskan 3 perkara utama yg harus diberikan perhatian :-
    1. Merokok – Peras ugut, penipuan, mencuri dan penyalahgunaan dadah.
    2. Masalah Sosial – Seks Bebas, pembuangan bayi, pergaulan bebas
    3. Akademi – Gejala ponteng sekolah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: