Banteras Ponteng Sekolah: Fokus 2010

Posted in BERITA TERKINI on March 12, 2010 by gpmsnt

Dalam satu mesyuarat biro khas GPMSNT baru-baru ini, biro kajian khas belia bermasalah peringkat negeri Terengganu telah mengambil satu ketetapan, iaitu untuk memberi fokus kepada gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar Melayu.

Benar jika dibandingkan dengan gejala penyalahgunaan dadah mahupun rempit, ponteng sekolah dilihat sebagai satu isu yang kecil, dan tidak membebankan negara. Tetapi setelah dianalisa secara terperinci, ternyata ponteng sekolah inilah yang menjadi punca kepada wujudnya masalah-masalah sosial yang lebih teruk, seperti rempit dan penyalahgunaan dadah itu. Ponteng sekolah boleh dikatakan sebagai akar kepada isu keruntuhan moral remaja-remaja Melayu ketika ini. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Maka berpaksikan pepatah ini, kami di GPMSNT akan sedaya upaya menganalisa punca-punca ponteng sekolah ini berlaku, dan akan mencadangkan cara penyelesaiannya kepada pihak kerajaan dalam masa setahun ke dua tahun.

Kebanyakan pelajar ponteng sekolah kerana beberapa perkara; masalah keluarga, pengaruh rakan dan keadaan persekitaran. Pelajar yang ponteng sekolah akan cenderung untuk melanggar peraturan. Mereka tidak berasa bersalah dengan kesalahan mereka itu. Maka sedikit demi sedikit, peraturan dilanggar. Dan ini membawa kepada masalah sosial yang lebih besar. Sebagai contoh, pada awalnya pelajar-pelajar ponteng sekolah hanya untuk membeli dan menghisap rokok. Tetapi jika dibiarkan, lama-kelamaan mereka akan mula terlibat dalam penyalahgunaan dadah pula. Dan semakin lama akan menjadi semakin parah.

Kami percaya setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, kerana Allah tidak akan menurunkan sesuatu masalah itu tanpa diturunkan bersamanya penyelesaiannya. Maka atas perkenan tuan pengerusi GPMSNT, Saudara Ahmad Izani Ab Ghani, kami di biro kajian khas belia bermasalah akan membuat beberapa aktiviti bersesuaian di beberapa sekolah yang akan dikenalpasti, dengan kerjasama erat pihak Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) dan pihak sekolah itu sendiri.

Sebarang komen atau cadangan boleh disalurkan kepada kami di gpmsnt@gmail.com.

Belajar Terus Belajar

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB GPMSNT

Posted in BERITA TERKINI on March 6, 2010 by gpmsnt

Selamat Datang ke Laman Web Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Terengganu yang pertama dilancarkan pada 06 Mac 2010. Semoga dengan wujudnya laman web ini dapat memberi maklumat terkini kepada pengunjung seterusnya mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita. Insya Allah.